top of page
Cover.png
WIX SOSIOLOGI (5).png

KESAN STRATIFIKASI SOSIAL

WIX SOSIOLOGI (6).png

Sekolah

Keluarga

Masyarakat

Institusi Sosial

Cover.png

INSTITUSI SOSIAL

  • Menentukan akses kepada peluang ekonomi. Individu dengan pendidikan yang tinggi lebih mungkin mendapat pekerjaan yang berkualiti, upah yang lebih tinggi, dan kestabilan ekonomi, sementara individu tanpa pendidikan yang mencukupi mungkin terpaksa berdepan dengan pekerjaan yang rendah upah dan tidak stabil.

  • Struktur kekayaan dan kuasa dalam masyarakat akan menentukan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi. Institusi-institusi ini mungkin memberi peluang lebih besar kepada golongan yang lebih berada ekonominya untuk mendapat akses pendidikan yang lebih baik

1

SEKOLAH

  • Mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza dalam aspek penubuhannya

  • Penubuhan pelbagai jenis sekolah khususnya dalam negara kita yang mempunyai fungsi berbeza

Contoh

  • Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil)

  • Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

  • Sekolah Berasarama Penuh (SBP)

  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

  • Perbezaan kemudahan infrastruktur
    ✔ Kemudahan fasiliti lebih tertumpu kepada sekolah elit
    ✔ Bangunan sekolah daif di luar bandar

  • Masalah boleh wujud apabila mempunyai status dan fahaman ekspektasi peranan yang berbeza tentang perkara yang harus dilakukan bagi mencapai matlamat organisasi

  • Konflik hubungan manusia boleh terjadi di dalam organisasi sekolah sekiranya ada ahli kumpulan di dalam organisasi tidak memahami dan mungkin juga enggan mengiktiraf cara kumpulan lain berperanan bagi mencapai matlamat organisasi sekolah.

2

3

KELUARGA

  • Pengkategorian ke dalam kumpulan berdasarkan faktor sosioekonomi

​

​

​

​

  • Membawa kepada ketidaksamaan sosial, perkongsian sumber dan ganjaran sosial yang tidak sama rata

  • Kekayaan

  • Pendapatan

  • Bangsa

  • Pendidikan

  • Etnik

  • Jantina

WIX SOSIOLOGI (7).png
  • Individu yang tingal dalam kalangan keuarga yang kaya membolehkan mereka mendapat peluang dan kemudahan pendidikan yang tinggi

  • Murid-murid yang tidak mempunyai latar keluarga yang mewah akan sentiasa dipulaukan atau tidak dilayan dalam kalangan murid-murid mahupun guru-guru

  • Guru-guru mengarahkan murid yang kurang berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja berat dan tidak mengendahkan sekiranya murid tersebut tidak dapat menguasai pembelajaran di dalam kelas

  • Murid tersebut akan ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain

MASYARAKAT

  • Masyarakat boleh memainkan peranan dalam memperkuat atau merosakkan peluang pendidikan. Stigma sosial terhadap golongan tertentu atau persepsi bahawa pendidikan tidak penting boleh menghalang seseorang dari mengejar pendidikan lebih tinggi atau mengambil pendekatan belajar yang serius​

WIX SOSIOLOGI (8).png
  • Masyarakat mempengaruhi penerimaan sosial terhadap pendidikan. Budaya atau norma masyarakat mengenai nilai pendidikan boleh memberi tekanan kepada individu untuk mencapai kecemerlangan akademik, atau sebaliknya, boleh mengekang peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka

  • Mempengaruhi akses kepada rangkaian sosial dan peluang. Golongan yang mempunyai hubungan dalam rangkaian sosial yang lebih berkemampuan mungkin mendapat akses kepada maklumat, bantuan, dan peluang pendidikan yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kurang berkemampuan

4

bottom of page